Thursday, January 14, 2010

Antivirus - Kecil , Mesra Pengguna dan BERKUASA!!!

Salam Sejahtera

Antivirus adalah perisian utiliti yang menghalang virus,malware,spyware,dan pencerobohan kepada komputer peribadi.Ianya menjadi suatu kemestian untuk dipasang pada PC.Pelbagai jenama antivirus berada dipasaran.Ianya dijual kepada pengguna melalui kedai komputer atau diberikan secara percuma melalui internet.

Tetapi...

Tahukah anda bahawa terdapat satu perisian antivirus yang kecil,mudah digunakan,mesra pengguna dan setanding dengan antivirus yang terdapat dipasaran?

Antivirus yang dimaksudkan adalah Microsoft Security Essential 1.0 keluaran Microsoft Corporation.Diberi nama kod MORRO,MSE adalah sangat mudah digunakan,menjalankan proses yang sangat senyap dan mengesan sebarang virus dan malware pada tahap yang tinggi

Yang menariknya,ia diberikan secara percuma dengan syarat windows yang anda miliki mesti melepasi Pengesahan Windows Tulen(WGA).Dengan erti kata lain windows anda hendaklah yang original...hehehe...

Gambar dibawah menunjukkan 2 'threats' telah dikesan menggunakan Microsoft Security Essentials


Cara untuk mendapatkan Microsoft Security Essential

1. Klik disini untuk memuat turun (download) MSE

2. Pilih Operating System (Windows XP / Windows Vista / Windows 7)

2. Install kan MSE kepada PC yang anda inginkan.

3.Lakukan UPDATE terlebih dahulu sebelum MSE dapat digunakan sepenuhnya

4.Scankan PC untuk melihat sama ada PC tersebut mempunyai virus/malware ataupun tidak


Saya pun sedang menggunakan MSE ni...apa yang boleh saya kata adalah MSE yang terbaik...

Jom la try sama-sama

No comments:

Post a Comment

  © Teknikal IT Memberikan Tips N Triks serta Sembang-Sembang Tentang Dunia Komputer by Tech SKSundar2010

Back to TOP