
Salam Sejahtera...
Adakah anda seorang pemilik Netbook?...
Jika Ya,pernahkah anda terfikir bagaimana hendak memasang windows khasnya Windows 7 pada Netbook anda sedangkan ianya tidak mempunyai CDROM/DVDROM...?
Anda mungkin akan pening kepala dan terus menelan 4 biji panadol untuk menghilangkan kepeningan yang anda alami(hehehe...gurau saja)
Pada post kali ini saya akan menerangkan teknik Bagaimana: Memasang Windows 7 menggunakan Pendrive
Barang-barang yang perlukan(Requirements):-
1.Pendrive yang bersaiz sekurang-kurangnya 4GB
2.Windows 7 DVD atau format ISO
3.WinRAR atau 7zip (untuk Windows 7 format ISO)
Fasa Pertama:-
1.Backup semua isi kandungan pendrive anda ke tempat lain.
2.Taip CMD di bahagian Start Menu Search...Klik kanan dan klik Run as Administrator

3.Taip diskpart kemudian taip list disk dan anda akan lihat beberapa disk yang tersambung
4.Taip select disk X (X adalah nombor yang anda lihat di langkah 3.contohnya: 1)
5.Taip clean
6.Taip create partition primary
7.Taip select partition 1
8.Taip active
9.Taip format fs=ntfs
10.Taip assign
11.Taip exit
Fasa Kedua:-
Copy isi kandungan Windows 7 DVD kedalam pendrive anda.Jika anda menggunakan Windows 7 format ISO,extract dahulu ISO tersebut dengan menggunakan WinRAR atau 7zip dan copy isi kandungan yang anda extract tadi ke dalam pendrive.

Fasa Ketiga:-
Setkan boot priority netbook/komputer yang anda hendak install dengan menekan F12 dan pilih boot from usb-hdd.Jika tiada,anda perlu masuk ke bios dan setkan boot ke usb-hdd

Tunggu sehingga selesai pemasangan dan walla!!! anda telah berjaya memasang Windows 7 tanpa perlu menggunakan CDROM/DVDROM.Hanya menggunakan Pendrive sahaja
Selamat Mencuba...
nak tanye nape time nok copy file windows 2 xbley coz pendrive 2 nok format semula ape kene format dulu erk pendrive 2?
ReplyDelete