Friday, February 19, 2010

Sistem Penjagaan Komputer Semua Dalam Satu (All in 1) terbaik

Salam Sejahtera...

Setelah lama blog ini tidak diupdate..kali ini saya kembali memberikan tips penjagaan komputer yang mudah,senang dan cepat.

Sebagai pembuka bicara,saya menerangkan 3 asas penjagaan komputer.

1.Pembersihan (Cleanup)

Pembersihan dijalankan merangkumi fail,registri,sistem operasi serta storan sementara.Tujuannya ialah mendapatkan ruang extra dan menjadikan sistem operasi anda lebih cepat dan efisyen.

2.Penyusunan (Defragment)

Penyusunan yang dinyatakan adalah menyusun semula blok atau ruang-ruang kecil yang dipanggil fragment.Fragment ini terjadi apabila fail berpindah dari satu tempat ketempat yang lain dalam cakera keras (hard disk).Kesan fragment ini akan menyebabkan komputer diistilahkan berat,lembab,slow dan macam-macam lagi.Penyusunan yang kerap akan membantu mempercepatkan pembukaan windows dan tempoh response windows dapat disingkatkan.

3.Pengoptimuman (Optimize)

Pengoptimuman boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan windows,menstabilkan fungsi-fungsi dan membaiki kerosakan minor yang terdapat dalam sistem seperti registri,kelajuan,komponen dalam juga internet.

Adakalanya kita tidak terjangkau untuk melakukan 3 perkara ini disebabkan kita was-was,tidak tahu cara dan serik untuk melaksanakannya.Jangan risau.Saya ada satu perisian yang melaksanakan semua penyelenggaraan dan penjagaan dalam satu sistem yang dinamakan Advanced System Care 3.

Advanced System Care ini direka untuk menyenangkan para pengguna windows untuk menjaga dan menyelenggara komputer anda.Ia dilakukan secara automatik dan dilaksanakan dibelakang proses windows.Antara rutin yang dilakukan oleh perisian ini:- Spyware removal,Registry Fix,Privacy Sweep,Junk Files Clean dan banyak lagi.

Jika anda membeli lesen professional,terdapat fungsi-fungsi tambahan seperti Automatic Cleaner,Auto-Update,Internet SpeedUp, dan macam-macam lagi

Cubalah Sekarang dan rasai dan bandingkan prestasi windows anda sebelum dan selepas memasang Advanced System Care 3

Untuk Mendownload perisian ini KLIK DISINI

Untuk mendapatkan lesen Professional emel ke tech-sksundar{at}gmail.com

Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment

  © Teknikal IT Memberikan Tips N Triks serta Sembang-Sembang Tentang Dunia Komputer by Tech SKSundar2010

Back to TOP