Thursday, July 15, 2010

Komputer Pusat Akses SK Sundar Dinaiktaraf Ke Sistem Baru,Pantas Dan Kebal Virus

Assalamualaikum kepada pembaca blog Teknikal IT Sekolah Kebangsaaan Sundar sekalian...Setelah 3 bulan menyembunyikan diri kerana kesibukan kerja,kali ini saya kembali dengan artikel-artikel yang terbaik buat anda.Selama 3 bulan ini,saya telah melakukan sedikit 'research and development' untuk sistem komputer yang baru dipasang di Pusat Akses Sekolah.Sistem ini dinamakan sistem komputer tanpa cakera keras(HDD).Sistem ini masih dalam peringkat ujian tahap 2 (Network Performance Load Test) dan penambahbaikan perisian yang akan siap sepenuhnya menjelang pembukaan sekolah baru nanti.

Apa yang menariknya tentang sistem ini adalah komputer tidak memerlukan harddisk untuk menghidupkan windows.Hanya menggunakan network cable dan ia dikawal oleh satu server ibu yang berfungsi sebagai pembahagi sistem operasi,alamat IP,serta permainan video


Sistem ini juga kebal terhadap virus dan malware yang biasa melekat pada pendrive.Jadi,komputer Pusat Akses tidak perlu dipasang antivirus dan sebarang pengubahsuaian setting pada windows akan kembali kepada asal(default setting).

Projek yang saya laksanakan ini menelan masa hampir 2 tahun bermula dari pertengahan 2008 di Pahang dan dibawa ke SK Sundar untuk pengujian.Alhamdulillah...walaupun mengalami masalah bug pada network, semua dapat berjalan lancar seperti yang dirangka sekian lama.

Jika anda berminat untuk melihat sistem yang saya laksanakan ini bolehlah datang ke Pusat Akses SK Sundar.Konsultasi adalah percuma...

1 comment:

  1. assalamualaikum...sy nk tnya...mcmna nk wat sistem pemantauan pc dalam makmal...pc admin leh tgk pc user serch web ape..ade cadangan x nk wat mcmne??

    ReplyDelete

  © Teknikal IT Memberikan Tips N Triks serta Sembang-Sembang Tentang Dunia Komputer by Tech SKSundar2010

Back to TOP