Friday, January 29, 2010

Tips Membeli Laptop

Salam Sejahtera...

Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai "Laptop" bukan lagi menjadi satu tanda kemewahan kepada seseorang.Ianya menjadi satu peralatan yang penting bagi seseorang yang sentiasa bergerak kesana kemari,lebih-lebih lagi kepada pelajar dan guru-guru.

Namun,apabila kita mahu membeli sebuah laptop,kita pasti akan kebingungan yang mana satu yang patut kita beli.yang jenama inikah...? atau yang jenama itukah....?

Pada post kali ini...saya akan memberikan beberapa tips kepada anda bagaimana untuk membeli laptop yang sesuai dengan keperluan anda...Salin ye...hehehehe


Beberapa aspek yang kita perlu lihat dan telitikan iaitu:-

1.Penggunaan

Tanya kepada diri anda "laptop yang aku nak beli tu untuk apa? main game ke? untuk buat kerja ke? untuk main internet ke?"

Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan laptop yang power

2.Spesifikasi

Aspek ini adalah yang paling penting untuk memilih sesebuah laptop.Jika anda seorang gamerz,pilih laptop/komputer yang mempunyai spek grafik yang power,Prosessor berkapasiti tinggi,RAM yang berkapasiti besar dan cooling yang baik.

Sekadar Contoh:-

Intel Core 2 Duo 2.6Ghz - Prosessor
NVidia Geforce GTX 295 - Kad Grafik
Kingston HyperX 4GB - RAM

Buat perbandingan dahulu dengan meminta brosur/flyers spesifikasi laptop/komputer yang anda hendak beli.Buat research sedikit.

3.Saiz

Yang ni terpulang kepada anda. Saiz yang baik biasanya 14-15”. Jika saiz makin kecil, biasanya performance akan kurang. Ini disebabkan saiz yang kecil, biasanya processor guna low voltage. Secara umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Namun, laptop yang bersaiz kecil ada kelebihannya, bateri laptop bersaiz kecil biasanya lebih tahan lama. Jadi, jika anda seorang traveller, ciri ini mungkin menjadi pilihan anda

4.Tempoh Penggunaan

Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak.Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti HP atau Compaq). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.

5.Budget/Harga

Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

Harga laptop yang anda mahu beli mesti berpadanan dengan spesifikasi,rupa paras dan jenama.Mana boleh dapat laptop HP Pavillion atau Compaq Presario Series dengan harga RM1400.Kalau dapat,bagitahu saya.saya akan memborong laptop tersebut...hehehe

Sampai disini saja tips saya untuk kali ini.Kesimpulannya,jika anda ingin membeli sebuah laptop,pastikan ia berkualiti dan dapat berfungsi sesuai dengan kehendak kita.

Semoga berjumpa lagi dengan tips dan skill yang lebih mencabar dan lebih efisyen untuk PC anda..

No comments:

Post a Comment

  © Teknikal IT Memberikan Tips N Triks serta Sembang-Sembang Tentang Dunia Komputer by Tech SKSundar2010

Back to TOP